NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lelaki Maut Motosikal Terbabas dan Terbakar Lepas Langgar Lori

Lelaki Maut Motosikal Terbabas dan Terbakar Lepas Langgar Lori

Seorang lelaki berusia 23 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori di KM57 Jalan Kuala Lumpur–Ipoh, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin, kejadian dilaporkan sekitar jam 9.45 malam. Ketika itu, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 73 tahun bersama isterinya dalam perjalanan dari Kedah ke Batang Kali sambil membawa muatan buah nangka madu.

Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan lori dan merempuh bahagian hadapan kenderaan berat itu. Akibat rempuhan tersebut, penunggang motosikal diseret sejauh 60 meter di hadapan lori sebelum motosikal tersebut terbakar. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. Pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan pada kaki, manakala isterinya tidak cedera.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis kini meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Anati Zulkifli di talian 03-60641222 atau ke mana-mana balai polis berdekatan. – Kosmo!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD