NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

10 Pemilik Kenderaan Mewah Disita JPJ Negeri Sembilan Kerana Gagal Perbaharui Cukai Jalan & Insurans

10 Pemilik Kenderaan Mewah Disita JPJ Negeri Sembilan Kerana Gagal Perbaharui Cukai Jalan & Insurans

Sejak Januari hingga awal Ogos tahun ini, sebanyak 10 pemilik kenderaan mewah di Negeri Sembilan dikesan gagal memperbaharui cukai jalan dan insurans, sehingga menyebabkan kenderaan mereka disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Kes terbaharu melibatkan sebuah Porsche Taycan milik seorang ahli perniagaan wanita berusia 36 tahun yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan semalam.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, antara kenderaan lain yang turut disita kerana kesalahan sama termasuk Mini Cooper Countryman, Tesla, Toyota Alphard dan beberapa model Continental lain.

“Ramai yang beri alasan ‘lupa’, tetapi alasan ini tidak boleh diterima. Malah, siasatan mendapati mereka telah memandu tanpa cukai jalan dan insurans antara satu hingga dua tahun,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tindakan ini sangat membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain kerana ketiadaan insurans bermakna tiada perlindungan sekiranya berlaku kemalangan.

Tambah beliau lagi, sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2025, JPJ Negeri Sembilan telah merekodkan 10,435 kes melibatkan cukai jalan tamat tempoh dan 7,891 kes kenderaan tanpa perlindungan insurans yang telah diambil tindakan sitaan. – Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy