NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kemalangan Treler Terbalik di Lebuhraya PLUS Arah Utara, Trafik Tersekat 8KM

Kemalangan Treler Terbalik di Lebuhraya PLUS Arah Utara, Trafik Tersekat 8KM

Satu kemalangan telah berlaku di KM 256.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dari Ipoh ke Kuala Kangsar tengah hari tadi, menyebabkan kesemua lorong terhalang dan aliran trafik tergendala sejauh kira-kira 8 kilometer.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan insiden berlaku sekitar jam 12.39 tengah hari, dan menasihatkan pengguna untuk keluar melalui Plaza Tol Ipoh Selatan sebagai laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Rakaman dari kamera CCTV yang dikongsikan menunjukkan sebuah treler terbalik dan melintang di tengah lebuh raya, menghalang keseluruhan laluan.

Menurut LLM, pasukan bomba telah tiba di lokasi pada jam 1.09 tengah hari untuk menguruskan situasi tersebut.

“Trafik bergerak perlahan sejauh 8 kilometer. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan dengan lebih baik,” kata LLM.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy