Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7 terus memegang takhta sebagai kereta elektrik (EV) nombor satu di Malaysia untuk bulan ketujuh berturut-turut, dengan jualan dan tempahan yang kekal kukuh sejak dilancarkan.
Sehingga 31 Julai 2025, sebanyak 4,959 unit telah diserahkan kepada pelanggan di mana 4,689 unit di Malaysia dan 270 unit dieksport ke pasaran luar negara. Bulan Julai juga mencatat sejarah baharu dengan 1,365 tempahan, angka bulanan tertinggi sejak pelancarannya.

“Kami berterima kasih kepada semua pelanggan yang mempercayai PROTON dan e.MAS, serta menjadikan e.MAS 7 pilihan utama mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang.
Model ini tersedia dalam dua varian iaitu Prime pada harga bermula RM109,800 yang digemari pemandu bandar, dan Premium pada harga bermula RM123,800.
Platinum Silver kekal sebagai warna pilihan utama di kalangan warna pilihan lain seperti Turquoise Green, Slate Gray, Quartz Rose, Lithium White dan yang terbaru Obsidian Black yang dipadankan dengan interior Alabaster White untuk lebih gaya peribadi.
PRO-NET juga menjalankan kajian pasaran di mana kebanyakan pemandu Malaysia memandu antara 21 km hingga 40 km sehari sahaja dan pemilik e.MAS 7 biasanya hanya perlu mengecas sekali seminggu.
Akses pengecasan dipermudah melalui rangkaian Live Integrated Charging Network dengan lebih 3,400 titik pengecasan di seluruh negara, meliputi 90% kawasan termasuk 1,100 pengecas di 930 pangsapuri bertingkat. Sokongan selepas jualan turut disediakan melalui 29 pusat servis, 10 pusat badan & cat, serta 35 pengedar di seluruh Malaysia.
Menerusi program Power Exchange, pelanggan yang menukar kenderaan lama (tanpa mengira jenama atau usia) layak menerima bonus RM5,000 selain nilai tukar beli, tertakluk kepada pemeriksaan dan kelulusan pihak berkuasa.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?