Sempena cuti panjang hujung minggu ini berikutan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada Ahad, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah kenderaan di lebuh raya boleh mencecah sehingga 2.2 juta sehari, khususnya pada 31 Ogos dan 1 September.
Dalam kenyataan rasmi, PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan perjalanan lebih selesa.
“Berbeza dengan musim perayaan yang biasanya sudah ditetapkan tarikh perjalanan, PLUS akan terus memantau trafik setiap hari dan mengemas kini maklumat tempoh puncak secara berterusan agar pengguna mendapat panduan perjalanan yang tepat pada masa nyata,” jelasnya.
PLUS turut menambah baik aplikasi MyPLUS-TTA untuk membantu pengguna merancang perjalanan pada hari-hari sibuk di luar musim perayaan. Kini, aplikasi tersebut bukan lagi terhad kepada Aidilfitri atau Tahun Baharu Cina, tetapi juga boleh digunakan pada cuti puncak seperti Hari Kebangsaan.
Antara ciri baharu yang ditawarkan ialah fungsi Laluan Kegemaran (Favourite Routes) yang membolehkan pengguna menyimpan laluan pilihan untuk akses lebih pantas. Paparan amaran trafik masa nyata juga kini dipaparkan terus di halaman hasil carian, manakala fungsi carian ditambah baik dengan pilihan menu ke bawah untuk pengalaman lebih mesra pengguna.
Orang ramai digalakkan memuat turun atau mengemas kini aplikasi PLUS bagi memudahkan perancangan perjalanan.
Dalam masa sama, PLUS turut mengadakan pelbagai inisiatif patriotik seperti pemasangan bendera gergasi, paparan mesej digital LED, pertandingan serta dekorasi di 21 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah terpilih bagi menyemarakkan semangat sambutan Hari Kebangsaan. – Kosmo!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?