Pastikan Cip MyKad Berfungsi dengan Baik Kalau Nak Nikmati Petrol RON95 RM1.99 Seliter – Saifuddin

Pastikan Cip MyKad Berfungsi dengan Baik Kalau Nak Nikmati Petrol RON95 RM1.99 Seliter – Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri mengingatkan orang ramai supaya semak dan pastikan cip MyKad berfungsi dengan baik sebelum pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 hujung bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata skim subsidi ini memerlukan pengesahan identiti menggunakan MyKad setiap kali mengisi minyak di stesen petrol.

“Harga RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar ini. Syarat penting, MyKad anda mesti boleh dibaca.

Kalau cip rosak atau tak boleh dikesan, jangan risau. Pergi saja ke mana-mana pejabat atau kaunter JPN di seluruh negara. Insya-Allah, boleh siap dalam hari yang sama. Jangan tunggu saat akhir. Semak awal supaya semua boleh dapat manfaat subsidi khas rakyat Malaysia ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menambah, inisiatif ini adalah bukti komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan janji kepada rakyat.

“Memang ambil masa, tapi janji tetap ditepati. Inilah ciri seorang pemimpin yang berpegang pada kata. Kerajaan Madani kekal komited membantu rakyat, menjaga kebajikan semua golongan dan memperkukuh ekonomi negara dengan penuh integriti.”

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang hujung bulan ini, selaras dengan usaha kerajaan memastikan rakyat menikmati harga lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar. – New Straits Times

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD