NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Motosikal Di Sitiawan

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Motosikal Di Sitiawan

Seorang lelaki berusia 50-an maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam insiden di Taman Nesa, Sungai Wangi, Sitiawan, malam tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.34 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda EX5 dan kereta Honda Civic. Mangsa tercampak dan terkena tiang pagar akibat impak kuat. Pemandu kereta pula tiada di tempat kejadian ketika anggota tiba,” jelasnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Operasi penyelamatan selesai pada jam 8.44 malam.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy