NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

5 Jalan Utama Sekitar KL akan Ditutup Sabtu Ini Sempena Perlawanan Piala Sultan Selangor 2025

5 Jalan Utama Sekitar KL akan Ditutup Sabtu Ini Sempena Perlawanan Piala Sultan Selangor 2025

Lima jalan utama sekitar Kuala Lumpur akan ditutup sempena perlawanan Piala Sultan Selangor 2025 antara pasukan Selangor dan Singapura di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamed berkata, perlawanan akan bermula jam 9 malam dan penutupan jalan akan dimulakan seawal 2 petang sehingga tamat perlawanan.

Antara laluan yang terlibat adalah:

  • Jalan Maharajalela (Bulatan Merdeka)

  • Jalan Hang Tuah (susur masuk ke Jalan Hang Jebat)

  • Jalan Hang Jebat

  • Jalan Stadium

  • Jalan Merdeka

Untuk memastikan trafik terkawal, 115 pegawai & anggota JSPT KL akan ditempatkan di sepanjang laluan dan sekitar stadium. Orang ramai juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan. – Buletin TV3

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy