NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Cukai Jalan Kereta Mewah Tertunggak Cecah RM35.7 Juta – Loke

Cukai Jalan Kereta Mewah Tertunggak Cecah RM35.7 Juta – Loke

Beberapa individu ternama termasuk ahli politik, ahli perniagaan malah penerima gelaran “Tan Sri” dikenal pasti antara pemilik kenderaan mewah yang masih gagal melunaskan cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah RM35.7 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata tunggakan itu melibatkan lima kategori kenderaan mewah. Antara yang direkodkan ialah 345 buah Rolls-Royce dengan jumlah RM6.4 juta, diikuti 372 Lamborghini bernilai RM3.7 juta.

Sebanyak 660 unit Bentley pula mencatat tunggakan RM7 juta, manakala 675 Ferrari berjumlah RM4.7 juta. Namun angka tertinggi datang daripada sekitar 4,000 pemilik Porsche yang secara kolektif berhutang sebanyak RM13.7 juta. – New Straits Times

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy