NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tular Pemandu Vellfire dan Pemandu Bas Bergaduh di CIQ Johor, Disyaki kerana Masuk Laluan Bas

Tular Pemandu Vellfire dan Pemandu Bas Bergaduh di CIQ Johor, Disyaki kerana Masuk Laluan Bas

Insiden pergaduhan dua pemandu di laluan masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang tular di media sosial dipercayai berpunca daripada sebuah Toyota Vellfire memasuki lorong bas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian jam 3 petang itu membabitkan seorang pemandu e-hailing berusia 28 tahun dan seorang pemandu bas tempatan berumur 43 tahun.

“Pertikaian bermula apabila Vellfire dipandu pemandu e-hailing berkenaan didakwa memasuki laluan bas. Berlaku provokasi sehingga pemandu bas menghentikan kenderaannya dan turun bersemuka, sebelum tercetus pergelutan fizikal,” katanya.

Kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan ringan di kepala, leher dan tangan. Mereka kemudian hadir ke balai polis untuk membuat laporan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar.

Sebelum ini, video berdurasi 14 saat tular di media sosial menunjukkan dua lelaki bergelut di tengah jalan di Tambak Johor dengan kenderaan berhenti, sebelum dileraikan oleh seorang lelaki lain. – Buletin TV3

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD