Hampir dua juta saman trafik masih belum diselesaikan oleh pengguna jalan raya di seluruh negara, kata Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi:
1,458,577 saman dikeluarkan melalui kamera Automated Awareness Safety System (AwAS),
296,684 notis di bawah Seksyen 114 (siasatan ubah suai kenderaan)
164,598 notis di bawah Seksyen 115 (pemeriksaan kenderaan).
Sehingga kini, sebanyak 855,300 saman telah diselesaikan sejak kerajaan memperkenalkan kadar rata khas RM150 bermula 1 Januari lalu. Namun, baki saman yang masih tinggi menunjukkan tahap kesedaran pengguna jalan raya masih rendah.
“Orang ramai ada masa sehingga 31 Disember untuk bayar saman pada kadar RM150 tanpa dikenakan mata demerit KEJARA. Selepas tarikh itu, kompaun akan kembali ke kadar asal RM300, mata demerit dikenakan dan nama pesalah trafik akan disenarai hitam,” katanya ketika operasi Ops Khas Gempur Perdagangan semalam.
Menurutnya, saman AwAS mencatatkan jumlah paling tinggi, terutama di Terowong Menora, Perak yang merekodkan purata 3,000 saman sehari ketika musim cuti sekolah dan perayaan.
Tiga negeri mencatat jumlah saman tertinggi ialah Selangor, Perak dan Johor kerana mempunyai bilangan kamera AwAS paling banyak. Setakat ini, terdapat 49 kamera AwAS di seluruh negara yang memantau had laju serta pematuhan lampu isyarat.
Muhammad Kifli turut mendedahkan terdapat saman tertunggak lebih 10 tahun, khususnya yang dikeluarkan di bawah Seksyen 114 dan 115.
“Masih ada tiga bulan berbaki. Ambil peluang ini untuk selesaikan saman pada kadar diskaun sebelum dikenakan tindakan lebih berat selepas tarikh akhir,” tegasnya. – The Star
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?