Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bertindak tegas dengan membatalkan lesen pengendali syarikat lori LDT Metal Trading susulan kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang, Sabtu lalu, yang meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia 12 bulan.
APAD kata siasatan mendapati syarikat itu gagal memasang Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pada lori yang dilesenkan dan tidak mengutamakan aspek keselamatan pengguna jalan raya. Dengan pembatalan itu, syarikat terbabit tidak lagi dibenarkan mengoperasikan mana-mana kenderaan di bawah lesen pengendali tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi, lori tiga tan membawa barangan lusuh dipercayai mengalami masalah brek lalu merempuh tiga kenderaan lain termasuk kenderaan Jabatan Kerja Raya (JKR). Insiden itu mengorbankan seorang bayi dan mencederakan tujuh individu lain.
Pemandu lori berusia 42 tahun yang mengaku sempat melompat keluar sebelum nahas kini berdepan tindakan undang-undang pihak berkuasa.
APAD menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengendali yang cuai atau mengabaikan keselamatan jalan raya kerana boleh mengancam orang ramai.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?