Pemandu E-Hailing Sepenuh Masa Dapat Kuota Tambahan Subsidi BUDI95 Mulai 15 Oktober

Pemandu E-Hailing Sepenuh Masa Dapat Kuota Tambahan Subsidi BUDI95 Mulai 15 Oktober

Kerajaan mengumumkan pemandu e-hailing sepenuh masa akan menerima kuota tambahan bagi subsidi petrol bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) bermula 15 Oktober ini.

Dalam kenyataan Kementerian Kewangan, pemandu e-hailing tidak perlu membuat permohonan secara individu kerana proses pengesahan akan diuruskan terus melalui syarikat pengendali e-hailing (EHO).

Di bawah program BUDI95, semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu sah layak membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan kuota 300 liter sebulan. Namun, jumlah itu dianggap tidak mencukupi bagi pemandu e-hailing sepenuh masa yang menggunakan sekitar 25 hingga 30 liter sehari untuk tugasan harian.

Kementerian turut memaklumkan bahawa kuota 300 liter setiap individu telah diperbaharui semalam, selaras dengan jadual tetapan semula bulanan pada 1 haribulan setiap bulan.

Setakat jam 6 petang semalam, jumlah pembelian petrol RON95 bersubsidi di seluruh negara telah mencecah RM84.2 juta, melibatkan lebih 42.3 juta liter bahan api.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM27.8 juta disalurkan sebagai subsidi, dengan lebih tiga juta pengguna telah menikmati manfaat program ini sejak ia mula diperkenalkan secara berperingkat pada 27 September lalu.

  1. So what the additional quota given to full time ehailing drivers???? No conclusion…..

Leave a Reply to Jason Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilih Jenama Kereta

© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD