NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Polis Buru Penunggang Motosikal Langgar Lari Murid Perempuan Ketika Melintas Jalan

Polis Buru Penunggang Motosikal Langgar Lari Murid Perempuan Ketika Melintas Jalan

Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang melanggar lari seorang murid perempuan berusia lapan tahun ketika mangsa melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata kejadian berlaku pada waktu pulang sekolah dan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial pada Khamis.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang melintas bersama seorang rakan dirempuh motosikal berkenaan, menyebabkan kecederaan ringan pada buku lali kiri. Polis telah menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Helmi turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, khususnya di kawasan sekolah, selain mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pihak.

Terdahulu, rakaman CCTV berdurasi 42 saat menunjukkan dua murid melintas jalan sambil diiringi pengawal keselamatan. Namun, salah seorang murid dirempuh penunggang motosikal lelaki, yang kemudian melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang bantuan. – Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy