Op PUU: Lebih 16,000 Saman Dalam 5 Hari

Op PUU: Lebih 16,000 Saman Dalam 5 Hari

Sejak Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) dilancarkan pada 1 Oktober lalu, Polis Kuala Lumpur telah mengeluarkan 16,968 saman hanya dalam tempoh lima hari.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pemandu kereta kekal penyumbang tertinggi dengan 13,365 saman, diikuti penunggang motosikal (2,813) serta pemandu van dan kenderaan pacuan empat roda (200 saman).
Turut dikenakan tindakan ialah pemandu lori (141), pejalan kaki (381), teksi (62) dan bas (6).

Kesalahan paling banyak dicatat ialah menghalang lalu lintas dengan 11,720 saman, diikuti mengabaikan isyarat lampu merah (2,036 saman).

Kesalahan lain termasuk tiada atau tamat lesen memandu (702 saman), cukai jalan tamat tempoh (489 saman), tidak menggunakan jejantas atau lintasan pejalan kaki (381 saman), tidak berhenti di lampu isyarat merah (148 saman) dan ubah suai kenderaan (80 saman).

Polis memaklumkan bahawa tindakan saman akan diteruskan tanpa kompromi melalui Op PUU yang kini dilaksanakan secara berterusan di seluruh ibu negara, bagi memastikan pengguna jalan raya lebih berdisiplin dan patuh undang-undang.

Sumber: Astro Awani

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD