Polis menahan seorang lelaki selepas dia memandu secara melulu dan merempuh sebuah motosikal serta beberapa kenderaan lain berhampiran SMK St Elizabeth, Jalan Oya, Sarawak, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia lingkungan 20an itu positif dadah jenis amphetamine hasil ujian saringan awal.
“Kejadian berlaku apabila kereta suspek melanggar sebuah motosikal hingga menyebabkan penunggangnya terjatuh.
“Suspek kemudian bertindak melarikan diri dan turut melanggar beberapa kenderaan lain di kawasan sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kejadian itu turut tular di media sosial selepas rakaman berdurasi 1 minit 29 saat menunjukkan aksi berbahaya suspek di lokasi kejadian.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?