PLUS Malaysia Berhad menyerahkan empat unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V 1.5L Turbo kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kegunaan operasi penguatkuasaan dan rondaan di lebuh raya kendalian syarikat tersebut.
Majlis penyerahan diadakan di Putrajaya dan disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Kenderaan tersebut hadir dengan rekaan jalur rasmi JPJ berwarna putih serta dilengkapi lampu isyarat di bahagian bumbung.

Menurut PLUS, sumbangan ini bertujuan membantu JPJ melaksanakan tugasan penguatkuasaan, rondaan dan pemantauan trafik dengan lebih efisien di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara PLUS dan JPJ bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin.
Penyerahan empat unit CR-V ini merupakan kali kedua PLUS memberi sumbangan kenderaan kepada JPJ. Kali pertama dilakukan pada tahun 2019 melibatkan 10 unit Honda CR-V generasi terdahulu dengan enjin 2.0L NA.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?