4 Kereta Mewah dan 727 Barangan Peribadi Datuk Seri Vida Akan Dilelong 30 Oktober Ini

4 Kereta Mewah dan 727 Barangan Peribadi Datuk Seri Vida Akan Dilelong 30 Oktober Ini

Selepas hampir setahun tertangguh, proses lelongan membabitkan empat kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida akhirnya dijadual berlangsung pada 30 Oktober ini.

Menurut notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, proses itu akan dijalankan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd, berikutan kegagalan Vida melunaskan bayaran tertunggak kepada syarikat subkontraktor berkenaan.

Difahamkan, tindakan tersebut diambil selepas Vida gagal mencapai penyelesaian serta memohon penangguhan hampir setahun dengan alasan barangan yang disita hanyalah barangan pinjaman. Namun, mahkamah menolak permohonan itu setelah pihaknya gagal mengemukakan bukti yang kukuh.

Proses sitaan terhadap barangan Vida dilaksanakan pada 25 November tahun lalu di banglo mewahnya di Ipoh dan mengambil masa kira-kira lima jam. Antara barangan yang disita termasuk empat kereta mewah, selain peralatan elektrik dan kelengkapan rumah seperti pembakar roti, penapis air, meja solek dan peti sejuk.

Sitaan dilakukan susulan kegagalan Vida menjelaskan baki tunggakan melebihi RM1 juta kepada AH Design Communication sejak tahun 2018.

Acara lelong yang sepatutnya diadakan pada 9 Disember tahun lalu ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida untuk menangguhkan proses berkenaan. Namun, selepas beberapa kali tertangguh, mahkamah kini menetapkan tarikh baharu bagi meneruskan lelongan tersebut pada hujung bulan ini. – Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD