NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

“600 Liter Pun Tak Cukup” – Pemandu E-Hailing Rayu Kerajaan Semak Semula Kuota BUDI95

“600 Liter Pun Tak Cukup” – Pemandu E-Hailing Rayu Kerajaan Semak Semula Kuota BUDI95

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan subsidi petrol BUDI95 yang disifatkan tidak selari dengan realiti kerja pemandu e-hailing.

Menurut Penghantar, kerajaan dilihat gagal membezakan antara penggunaan petrol untuk kegunaan peribadi dan keperluan bekerja, sedangkan kebanyakan pemandu menggunakan kereta yang sama untuk mencari rezeki dan urusan keluarga.

“Dasar ini tidak mencerminkan keadaan sebenar industri. Kuota 300 liter, malah tambahan kepada 600 liter sebulan, masih belum cukup untuk pemandu sepenuh masa, terutama di kawasan seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Persatuan itu turut menggesa Kementerian Kewangan (MOF) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) agar menilai semula mekanisme BUDI95 dengan melibatkan wakil industri dan komuniti pemandu.

“Mereka bukan menagih simpati, tetapi menuntut keadilan. Subsidi yang tidak menepati corak kerja sebenar hanya menambah beban kepada golongan ini yang bergantung pada pendapatan harian,” katanya lagi.

Terdahulu, beberapa pemandu turut berkongsi pengalaman bahawa mekanisme sedia ada masih belum cukup untuk menampung kos operasi mereka, terutama bagi yang bekerja sepenuh masa.

Sumber: Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD