Seorang lelaki di Terengganu sanggup bakar lori miliknya sendiri semata-mata nak elak disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)!
Kejadian berlaku pada 22 Oktober lalu, sekitar 1.30 petang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Air, Jalan Tepoh.
Susulan kejadian, lelaki berusia 31 tahun, Mohamad Aimullah Che Ambok, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini dan dikenakan denda RM3,500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang tugas penjawat awam.
Mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, perbuatan itu boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 jika disabitkan kesalahan.
Dalam kejadian tersebut, JPJ mendapati lori itu dipandu oleh seorang remaja bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu, manakala lesen kenderaan (LKM) pula tamat tempoh lebih dua tahun.
Bila pegawai cuba nak sita lori, Mohamad Aimullah bertindak di luar jangkaan, terus bakar lori sendiri di tempat kejadian.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.
Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion, mengesahkan kejadian dan menyifatkan tindakan tertuduh sebagai amat berbahaya dan tidak wajar.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh