Pempengaruh Kasih Iris Leona berdepan detik mencemaskan semalam apabila terlepas penerbangan ke Singapuraselepas terperangkap dalam kesesakan trafik menuju ke KLIA selama lima jam.
Menurut Leona, kejadian berlaku susulan penutupan beberapa laluan utama ke KLIA sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyebabkan keretanya langsung tidak bergerak walaupun sudah keluar awal pagi.
“Saya keluar rumah pukul 7 pagi untuk flight jam 11 pagi, tapi saya sampai KLIA pukul 12 tengah hari. Semua jalan tutup,” katanya di InstaStory.
Leona mengakui dia mengabaikan nasihat ibunya, yang menyarankan supaya menaiki tren dari KL Sentral.
“Ibu dah suruh naik tren, tapi degil. Ini pengajaran untuk saya – dengar cakap ibu,” ujarnya.
Tambah Leona, dia sempat tertidur dalam kereta selama 45 minit, namun terkejut apabila terjaga kerana kenderaan masih di tempat sama.
“Bayangkan lima jam sangkut, memang tak bergerak langsung,” katanya.
Bagaimanapun, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu tetap bersyukur apabila berjaya menukar penerbangan ke jam 2 petang, selain sempat berehat di lounge sebelum berlepas.
Difahamkan, Leona ke Singapura bagi menghadiri majlis pelancaran produk jenama antarabangsa.
Untuk rekod, beberapa laluan utama sekitar Kuala Lumpur dan KLIA telah ditutup secara berperingkat sejak 23 hingga 28 Oktober 2025 sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?