Sebanyak 11 kemalangan kecil dilaporkan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, membabitkan kenderaan membawa tetamu kenamaan serta pasukan pengiring polis trafik. Dua anggota dilaporkan cedera ketika menjalankan tugas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kedua-dua anggota berkenaan kini stabil dan sedang menjalani rawatan pemulihan selepas mengalami patah kaki kiri dan cedera tangan kiri.
“Mereka menunjukkan semangat dan motivasi tinggi untuk kembali bertugas sebaik sahaja pulih sepenuhnya,” katanya.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, serta Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Omar Mokhtar.
Mohd Yusri turut memaklumkan bahawa JSPT akan menjalankan penilaian semula terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi memperkukuh aspek keselamatan anggota trafik dan pengguna jalan raya selepas sidang kemuncak tersebut.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, atas keprihatinan terhadap kebajikan anggota yang terlibat dalam kemalangan.
Salah seorang anggota yang cedera, Koperal Kamarul Suari, 35 tahun, berkata kejadian yang berlaku di KM22.3 Lebuhraya Elite arah utara berhampiran R&R Dengkil tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat.
“Sudah 11 tahun saya dalam pasukan trafik, ini kali kedua saya terlibat dalam kemalangan. Saya mahu cepat sembuh supaya dapat kembali bertugas,” katanya.
Sementara itu, Lans Koperal Muhammad Danial Mohd Nadzri, 25 tahun, yang cedera di tangan kiri selepas motosikalnya melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Jalan Tun Razak, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebajikan mereka.
“Sokongan yang diberikan memberi semangat kepada saya untuk segera pulih dan kembali menjalankan tugas,” katanya. – Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?