Nama Malaysia sekali lagi jadi sebutan di pentas dunia apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji keindahan dan peranan penting negara ini sebagai tuan rumah kepada perjanjian damai bersejarah antara Thailand dan Kemboja.
Dalam ucapannya di Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan, Trump menyifatkan Malaysia sebagai negara luar biasa yang bukan sahaja indah, malah memainkan peranan besar dalam membawa keamanan serantau.
“Kami menikmati fasiliti terbaik di Malaysia kerana ada bahang di antara dua negara ini — termasuk cuacanya. Malaysia memang luar biasa! Perdana Menterinya juga seorang pemimpin yang amat bagus,” katanya sambil merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut berkongsi pengalaman berada di Kuala Lumpur semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu lalu, di mana Malaysia menjadi tuan rumah kepada majlis menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) antara Thailand dan Kemboja.
Trump turut menyifatkan detik itu sebagai “sangat indah” kerana berjuta nyawa mampu diselamatkan hasil perjanjian yang tercapai hanya dalam tempoh dua hari pertemuan di Kuala Lumpur.
Perjanjian yang ditandatangani di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 itu turut memperkenalkan penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN bagi memastikan kestabilan jangka panjang di kawasan sempadan.
Selain acara rasmi, Trump juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS serta Perkongsian Strategik Komprehensif dalam bidang teknologi, tenaga dan mineral penting.
Pujiannya terhadap Malaysia mencuri perhatian ramai di media sosial, apabila ramai warga maya teruja mendengar sendiri bagaimana negara ini disebut sebagai tempat yang “menyatukan dua negara” sambil menonjolkan keindahan dan layanan rakyat.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?