Sebuah lubang benam (sinkhole) besar dilaporkan muncul di Jalan Kenari, Sungai Ara, Pulau Pinang petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 petang semalam, betul-betul di hadapan SMK Sungai Ara.
Menurut Exco Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, lubang itu berukuran kira-kira 5 meter panjang, 3.5 meter lebar dan sedalam 1.9 meter.
“Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan. JKR telah ambil tindakan pantas dengan memasang penghadang dan menutup sementara laluan itu. Trafik dialihkan ke Jalan Sungai Ara 1, Persiaran Relau dan Jalan Kedidi,” katanya.
Kejadian tersebut turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang berkongsi gambar lubang itu di media sosial, menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan jalan raya di kawasan tersebut.
JKR turut bekerjasama dengan Perbadanan Bekalan Air (PBA) dan Indah Water Konsortium (IWK) untuk menyiasat punca sebenar kejadian. Zairil memberi jaminan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan dan pihaknya komited demi keselamatan pengguna.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?