NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pasangan Kekasih ‘Lari’ Dari Polis Sebelum Terbabas

Pasangan Kekasih ‘Lari’ Dari Polis Sebelum Terbabas

Sepasang kekasih ditahan selepas cuba lari daripada pemeriksaan polis dalam satu kejadian di BPS 4, Senawang awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar berkata kejadian berlaku sekitar jam 1.10 pagi ketika anggota polis sedang meronda dan ternampak sebuah Perodua Bezza yang mencurigakan di tepi jalan.

“Semasa anggota menghampiri, pemandu tiba-tiba mengundurkan kereta dan melanggar MPV polis sebelum terus memecut melarikan diri,” katanya.

Polis kemudian mengejar kereta tersebut dari Jalan Senawang hingga ke susur keluar Seremban berhampiran jejambat LEKAS, sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar tembok.

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lelaki berusia 23 tahun dan penumpang wanita berusia 22 tahun tidak mempunyai rekod jenayah, malah ujian air kencing mereka juga negatif.

Kedua-duanya kini ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum itu, video kejadian berkenaan turut tular di media sosial yang menunjukkan sekurang-kurangnya empat kereta peronda mengejar pasangan terbabit di kawasan Sri Mawar, Senawang.

Sumber: Astro Awani

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy