Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan mendapan yang berlaku di Jalan Bonus, Masjid India pagi Isnin berpunca daripada gangguan pada struktur turapan jalan di kawasan tersebut.
Dalam kenyataan rasmi, DBKL memaklumkan bahawa mendapan itu hanya berlaku secara setempat dan tidak melibatkan kawasan luas.
“Kerja-kerja pembaikan telah dijalankan serta disiapkan sepenuhnya sekitar jam 6 petang hari yang sama,” menurut kenyataan itu.
Akibat insiden berkenaan, sebahagian jalan di kawasan Masjid India ditutup sementara sebagai langkah keselamatan, namun laluan telah dibuka semula kepada orang awam selepas kerja pemulihan selesai.
DBKL turut menjelaskan bahawa pihaknya akan terus memantau dan menjalankan pemeriksaan serta pengimbasan lanjut di kawasan terbabit bagi memastikan kestabilan struktur jalan kekal selamat.
“Keselamatan orang awam menjadi keutamaan kami. DBKL juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama serta pematuhan arahan keselamatan sepanjang kerja dijalankan,” jelas kenyataan itu lagi.
Terdahulu, kejadian mendapan dikesan sekitar jam 8.39 pagi berhampiran premis Bombay Jewellery di Jalan Bonus, menyebabkan penutupan laluan dari Lorong Masjid India 4 ke kawasan terjejas bagi tujuan keselamatan dan siasatan lanjut.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?