Terakam Dalam Dashcam, Kenderaan Terbabas Di Genting Highlands

Terakam Dalam Dashcam, Kenderaan Terbabas Di Genting Highlands

Polis memanggil seorang pemandu Proton S70 berusia 24 tahun untuk diambil keterangan berhubung kemalangan yang berlaku di kilometer 13.4, Jalan Genting Highlands, Bentong pada 5 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, panggilan itu dibuat selepas tular di media sosial rakaman dashcam yang memaparkan detik kemalangan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi, apabila kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas, melanggar pembahagi jalan dan berpusing ke bahu kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walaupun kereta mengalami kerosakan teruk, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Rule 10 LN166/59 (Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959) kerana cuai atau lalai dalam mengawal kenderaan.

Polis turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dan memberi amaran kepada pengguna jalan raya agar tidak menjadikan laluan tersebut seperti litar lumba.

Beliau menegaskan, pihaknya akan mengadakan operasi berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna di kawasan Genting Highlands sentiasa terjamin.

Sumber: MalaysiaGazette

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD