Bas Kilang Terbalik, 11 Penumpang Cedera

Bas Kilang Terbalik, 11 Penumpang Cedera

Detik cemas berlaku pagi tadi apabila sebuah bas kilang terbabas di Kilometer 48, Lebuh Raya Johor Bahru-Mersing, mengakibatkan 11 penumpang cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan kejadian pada kira-kira pukul 6.15 pagi, membabitkan bas jenis Hino yang dipandu seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun.

“Siasatan awal mendapati bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas. Pemandu dan 10 penumpang mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, pemandu boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, termasuk kemungkinan lesen memandu dibatalkan secara serta-merta.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD