Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah membatalkan dua perjalanan tren MySawasdee — No.1004 (KL Sentral–Hatyai pada 28 November 2025) dan No.1005 (Hatyai–KL Sentral pada 1 Disember 2025) — berikutan penutupan beberapa laluan rel antara Padang Besar dan Hatyai akibat banjir di wilayah berkenaan.
Menurut kenyataan KTMB, keputusan ini dibuat selepas penilaian keselamatan serta maklumat daripada pihak berkuasa Thailand, dengan keselamatan penumpang kekal sebagai keutamaan.
Sebanyak 840 tiket telah dijual untuk kedua-dua perjalanan tersebut, namun 652 penumpang masih belum membuat pembatalan. Penumpang yang membeli tiket secara dalam talian boleh membuat pembatalan melalui aplikasi KITS menerusi menu MyTicket → Upcoming Ticket → Refund. Tambang penuh akan dipulangkan serta-merta ke dalam KTM Wallet.
KTMB turut memaklumkan bahawa 188 penumpang yang telah membatalkan tiket lebih awal juga layak menerima baki pemulangan tambang.
Maklumat mengenai jadual seterusnya bagi perkhidmatan MySawasdee akan diumumkan mengikut perkembangan semasa di Hatyai.
KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kerjasama penumpang sepanjang situasi ini. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200. – Kosmo!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?