NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

12 Lebuhraya Catat Kerugian Pada 2024 – Ahmad Maslan

12 Lebuhraya Catat Kerugian Pada 2024 – Ahmad Maslan

Seramai 12 syarikat konsesi tol di seluruh negara direkodkan mengalami kerugian pada tahun 2024, menurut pembentangan di Dewan Rakyat semalam.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, sebarang cadangan membina lebuh raya baharu perlu diteliti secara serius kerana jika projek tersebut gagal menjana keuntungan, akhirnya kerajaan yang terpaksa menanggung kerugian apabila mengambil alih konsesi terbabit.

“Ramai pihak mencadangkan pembinaan lebuh raya baharu, tetapi hakikatnya 12 konsesi tol mencatatkan kerugian berdasarkan laporan kewangan masing-masing untuk 2024.

“Kesimpulannya, sesiapa yang mencadangkan lebuh raya baharu perlu membuat analisis trafik dan unjuran kewangan secara teliti. Jika trafik rendah, hasil tidak cukup untuk menampung kos operasi dan akhirnya kerajaan juga yang perlu tanggung kerugian apabila mengambil alih konsesi,” katanya menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH–Wangsa Maju) mengenai prestasi konsesi tol.

Antara konsesi yang mengalami kerugian ialah Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya (MEX), Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Terowong SMART, LKSA, SUKE dan DASH.

Turut tersenarai ialah Senai–Desaru Expressway (SDE), SKVE, Setiawangsa–Pantai Expressway (SPE), Kajang–Seremban Highway (LEKAS), West Coast Expressway (WCE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB). – New Straits Times

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy