Seorang lelaki rakyat Malaysia ditemui meninggal dunia di tengah Lebuh Raya Trung Luong, Vietnam, hanya beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Tan Son Nhat, Ho Chi Minh City kelmarin, lapor VnExpress.
Mangsa ditemui sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) oleh seorang pemandu kereta yang sedang menuju ke Delta Mekong. Pemandu itu sempat mengelak daripada melanggar mangsa sebelum segera memaklumkan kejadian kepada pihak polis.
Menurut laporan, mangsa memakai seluar panjang dan kemeja-T lengan panjang hitam, dengan kecederaan ketara pada bahagian kepala dan muka. Tiada sebarang kenderaan sama ada kereta atau motosikal ditemui berdekatan lokasi, menimbulkan tanda tanya mengenai bagaimana mangsa boleh berada di situ.
Siasatan awal mengenal pasti mangsa sebagai Aeron Lee Khei Chen, warganegara Malaysia.
Pihak berkuasa kini sedang meneliti rakaman kamera di kawasan sekitar bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Sumber: VnExpress
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh