Video yang kecoh di media sosial memaparkan dua jet ski bertembung di Sungai Melaka akhirnya terjawab. Ia sebenarnya hanyalah rakaman aksi untuk sebuah produksi filem, bukan insiden kecemasan seperti yang didakwa.
Perkara itu disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shaharul Azuar Idris berkata, adegan tersebut merupakan sebahagian daripada penggambaran yang dijalankan antara 26 hingga 28 November 2025.
Menurutnya, semakan bersama pihak produksi mengesahkan bahawa adegan perlanggaran itu dirancang sepenuhnya, melibatkan pelakon serta kru profesional yang berpengalaman mengendalikan aksi di kawasan air.
“Sepanjang penggambaran, pasukan perubatan, petugas kesihatan dan ambulans berada di lokasi bagi memastikan tahap keselamatan maksimum. Tiada kecederaan serius atau kemalangan jiwa berlaku,” jelasnya.
Shaharul turut menegur tindakan segelintir pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat andaian sendiri atau menyebarkan maklumat belum disahkan kerana ia boleh menimbulkan kegusaran. PPSPM sentiasa memastikan semua penggambaran di Sungai Melaka mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan pihak berkuasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan pihaknya telah meneliti video tersebut dan mendapati pelakon lagak ngeri yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh