Beberapa kawasan di sekitar Sepang dilanda banjir selepas hujan lebat berlarutan sejak malam semalam. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, antara lokasi yang terjejas ialah Kampung Salak Sepang dan Kampung Chingchang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata anggota dan pegawai telah digerakkan untuk memantau keadaan di Kampung Salak Sepang, selain melakukan pemantauan di beberapa lagi kawasan berisiko seperti Kampung Labu Lanjut, Pintu Kunci Air Labu Lanjut dan Kampung Pinang Sebatang.

Kredit Imej : Sepang Viral
Di Kampung Chingchang, enam rumah dilaporkan dinaiki air. Pasukan bomba turut membantu membawa keluar dua warga emas berusia lingkungan 80-an ke lokasi selamat.
Sementara itu, paras air di beberapa kawasan sekitar Kampung Salak Sepang dilaporkan mencecah kira-kira 0.2 meter. Pemantauan dan rondaan berkala sedang diteruskan oleh JBPM Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk. – Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh