NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pencarian MH370 Disambung 30 Disember, Kawasan Baharu Dianggap Paling Berpotensi

Pencarian MH370 Disambung 30 Disember, Kawasan Baharu Dianggap Paling Berpotensi

Operasi menjejak pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dimulakan semula pada 30 Disember selepas Ocean Infinity mengesahkan kesediaannya meneruskan misi pencarian dasar laut.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, syarikat itu akan menjalankan operasi selama 55 hari secara berfasa, dengan fokus pada zon pencarian yang dikenal pasti mempunyai kemungkinan tertinggi untuk menemui bangkai pesawat. Kawasan tersebut dipilih berdasarkan analisis terbaharu dan selaras dengan perjanjian rasmi yang ditandatangani bersama kerajaan pada 25 Mac lalu.
Kementerian turut menegaskan bahawa perkembangan terbaru ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memberikan penyelesaian kepada keluarga mangsa tragedi tersebut.

Terdahulu, Jemaah Menteri telah memberi lampu hijau secara prinsip kepada cadangan Ocean Infinity untuk meneroka sektor baharu di selatan Lautan Hindi, yang dijangka dimulakan pada Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, hanya beberapa hari selepas perjanjian dimuktamadkan, kumpulan MH370 Families memaklumkan melalui Facebook bahawa operasi berkenaan ditangguhkan. Perkara itu kemudian disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada 3 April.

Menurut beliau, penangguhan dibuat kerana keadaan laut pada ketika itu tidak memungkinkan pencarian diteruskan dengan selamat. Loke bagaimanapun menekankan bahawa operasi akan berlangsung semula pada penghujung tahun apabila keadaan cuaca lebih stabil.

Sumber: VOCKET

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy