GEORGE TOWN – Seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semasa menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) sempena Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baharu 2026 di Jalan Bukit Gambir, Gelugor, awal pagi Khamis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi dan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta sebuah motosikal Yamaha yang ditunggang oleh lelaki warga asing berusia 31 tahun.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati penunggang motosikal dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar bahagian belakang kereta Myvi yang ketika itu sedang menjalani pemeriksaan oleh anggota polis di lokasi sekatan.
“Impak pelanggaran menyebabkan motosikal terbabit terbabas lalu merempuh papan tanda SJR sebelum penunggangnya terpelanting dan terkena kaki kiri anggota polis lelaki berusia 37 tahun yang sedang bertugas,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, pemandu kereta Myvi, lelaki tempatan berusia 28 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal dan anggota polis terbabit masing-masing mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa cermat.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?