KUALA LANGAT – Seorang lelaki disahkan maut selepas ditembak dalam satu kejadian mengejutkan di sebuah restoran makanan segera di daerah ini, malam tadi.
Menurut maklumat awal, insiden tersebut berlaku sekitar jam 10 malam ketika mangsa dipercayai sedang menjamu selera di dalam restoran berkenaan.
Kejadian itu mencetuskan panik orang awam apabila beberapa das tembakan dilepaskan sebelum mangsa rebah di kawasan luar premis. Rakaman video kejadian turut tular di media sosial yang menunjukkan kelongsong peluru bertaburan di lokasi serta keadaan mangsa terbaring tidak bernyawa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi memaklumkan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?