Gara-Gara Salah Tekan Pedal, Dua Kereta Jadi Mangsa

Gara-Gara Salah Tekan Pedal, Dua Kereta Jadi Mangsa

SUBANG JAYA – Kesilapan menekan pedal minyak ketika ingin meletakkan kenderaan mengakibatkan dua buah kereta rosak teruk selepas dirempuh sebuah Proton Persona dalam kejadian di kawasan parkir Taman Puchong Indah, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan, insiden yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 28 Disember lalu itu membabitkan tiga buah kenderaan iaitu Proton Persona, Perodua Myvi dan sebuah Peugeot.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemandu Proton Persona berusia 40 tahun secara tidak sengaja menekan pedal minyak ketika mahu meletakkan kereta sebelum merempuh Perodua Myvi yang berada berhampiran.

“Akibat panik, pemandu terbabit turut melanggar sebuah Peugeot sebelum kenderaan tersebut akhirnya berhenti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Wan Azlan, ketiga-tiga pemandu terlibat telah tampil membuat laporan polis, manakala pemandu Proton Persona berbuat demikian selepas menerima rawatan perubatan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-301 2621.

Terdahulu, rakaman kejadian tersebut tular di media sosial, khususnya Facebook, memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan di kawasan Puchong.

Sumber: KOSMO

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD