NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Pemain Ski Terkorban, Seorang Cedera Parah Dalam Runtuhan Salji di Itali

Dua Pemain Ski Terkorban, Seorang Cedera Parah Dalam Runtuhan Salji di Itali

ROME – Dua pemain ski dilaporkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas runtuhan salji melanda kawasan cerun berhampiran Courmayeur, Itali.

Menurut Perkhidmatan Penyelamat Alpine Kebangsaan Itali (CNSAS), ketiga-tiga mangsa terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai warganegara Perancis.

Insiden tersebut berlaku di Canale dei Vesses, sebuah lokasi yang terkenal dengan laluan curam dan sering menjadi pilihan penggemar ski berpengalaman. Kawasan itu terletak di bahagian barat Courmayeur, dalam wilayah Val Veny di kaki gunung Mont Blanc.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan kira-kira 15 anggota penyelamat, dibantu oleh anjing pengesan serta dua buah helikopter bagi mempercepatkan usaha mengesan mangsa.

Pihak penyelamat memaklumkan seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir selepas dikejarkan ke unit kecemasan hospital.

Sumber: Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD