NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Beberapa Negeri Diramal Dilanda Ribut Petir dan Hujan Lebat Sehingga 1 Tengah Hari

Beberapa Negeri Diramal Dilanda Ribut Petir dan Hujan Lebat Sehingga 1 Tengah Hari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang di beberapa kawasan di Pantai Timur dan Malaysia Timur sehingga jam 1 tengah hari.

Menurut kenyataan MetMalaysia, di Terengganu, antara daerah yang terlibat ialah Dungun dan Kemaman. Sementara itu, di Pahang, kawasan Kuantan turut berada dalam senarai lokasi yang dijangka menerima kesan cuaca buruk tersebut.

Amaran sama turut melibatkan beberapa daerah di Johor iaitu Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Di Sabah pula, kawasan yang diramal terjejas termasuk Tawau, Kunak dan Semporna. Selain itu, beberapa kawasan di Sandakan seperti Telupid, Beluran dan Kudat juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy