Kesesakan Kuala Lumpur bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang hanya berbaki beberapa hari lagi, jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan teruk sejak malam semalam.
Tinjauan di media sosial menunjukkan ramai warga kota mengambil peluang melakukan persiapan akhir Aidilfitri dengan mengunjungi pusat beli-belah sekitar ibu negara sehingga lewat malam.
Situasi luar biasa itu turut dikongsi oleh seorang peniaga di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menerusi sebuah video yang tular di media sosial. Menurutnya, jumlah pengunjung yang hadir masih ramai walaupun waktu sudah melepasi tengah malam.
“Kalau tengok belakang saya, masih ramai lagi orang. Orang Kuala Lumpur tak tidur ke malam ni?” katanya sambil menunjukkan keadaan sekitar yang dipenuhi pengunjung.

Kesesakan bukan sahaja berlaku di dalam pusat beli-belah, malah turut melibatkan laluan utama sekitar ibu negara apabila orang ramai berpusu-pusu keluar untuk membeli keperluan Aidilfitri pada saat akhir.
Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalamannya memandu dari Kuantan, Pahang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membeli-belah, namun terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.
Menurutnya, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa beberapa jam menjadi lebih lama akibat jumlah kenderaan yang terlalu banyak menuju ke kawasan tumpuan membeli-belah di ibu kota.
Keadaan yang sama turut dilaporkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), salah satu lokasi popular bagi membeli kelengkapan Hari Raya seperti pakaian, tudung, kain samping dan pelbagai aksesori lain.

Menurut beberapa pengunjung, kesesakan di kawasan tersebut menyebabkan pergerakan menjadi sangat perlahan, terutama bagi mereka yang membawa anak kecil.
“Kami tersekat lebih satu jam hanya untuk masuk ke Jalan TAR. Lepas berjaya masuk, nak cari tempat parking pula jadi masalah,” kata seorang pengguna.
Seorang lagi pengunjung turut berkongsi bahawa keadaan di kawasan tersebut terlalu sesak sehingga menyukarkan orang ramai untuk bergerak dengan selesa.
“Malam tadi memang sangat sesak. Nak berjalan pun susah. Kalau bawa anak kecil, lebih baik elakkan datang waktu macam ni,” katanya.
Selain Jalan TAR, beberapa pusat beli-belah terkenal di sekitar Kuala Lumpur seperti Bukit Bintang, Chow Kit dan kawasan sekitar Jalan Masjid India turut dilaporkan dipenuhi pengunjung yang ingin membeli kelengkapan raya pada saat akhir.
Selain kesesakan jalan raya, kawasan tempat letak kereta juga dilaporkan penuh sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa menunggu lama sebelum dapat keluar.
“Lebih dua jam tunggu dalam parking, kereta langsung tak bergerak,” luah seorang pengguna di media sosial.
Situasi ini bukan sesuatu yang luar biasa setiap kali menjelang Aidilfitri kerana ramai yang mengambil peluang membeli-belah pada minggu terakhir sebelum pulang ke kampung halaman.
Malah, ada juga pengunjung yang sanggup datang lewat malam dengan harapan keadaan lebih tenang, namun sebaliknya berlaku apabila jumlah pengunjung masih ramai sehingga awal pagi.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan dengan lebih bijak terutama jika ingin mengunjungi kawasan tumpuan membeli-belah di sekitar ibu kota.
Penggunaan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan perkhidmatan monorel juga dilihat sebagai alternatif yang lebih mudah bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Selain dapat menjimatkan masa, penggunaan pengangkutan awam juga membantu mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya yang menjadi punca utama kesesakan menjelang musim perayaan.
Dengan sambutan Aidilfitri yang semakin hampir, warga kota dijangka terus mengambil peluang melengkapkan persiapan raya mereka dalam tempoh beberapa hari akan datang. Ini semua adalah penting bagi hidupkan susana yang harmoni dan ceria bagi menyambut kedatangan hari yang mulia ini. Majoriti rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, baik orang india, melayu, cina, satu Malaysia terlibat dengan perayaan ini. Jadi merancang perjalanan, membuat persiapan, segala usaha yang berkaitan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas amatlah penting untuk ketenangan semua orang.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?