NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kanak-kanak 7 Tahun Maut Dilanggar Kereta Sungai Petani

Kanak-kanak 7 Tahun Maut Dilanggar Kereta Sungai Petani

Kanak-kanak 7 Tahun Maut Dilanggar Kereta Sungai Petani

Kanak-kanak 7 tahun maut dilanggar kereta Sungai Petani di Jalan Kota Kuala Muda pada malam tadi, kira-kira jam 9.23 malam.

Mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda selepas dilanggar sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan menjelaskan bahawa anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Muda menerima maklumat berkaitan kemalangan tersebut pada jam 9.45 malam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kanak-kanak terbabit melintas secara mengejut dari arah kiri jalan ke hadapan laluan kenderaan yang sedang bergerak lurus.

“Pemandu kereta terbabit dipercayai dari arah Kota Kuala Muda hendak menuju ke Pulau Sayak, namun ketika dalam perjalanan dan kenderaan sedang bergerak lurus, secara tiba-tiba kanak-kanak terbabit melintas secara mengejut dari arah kiri jalan ke hadapan laluan kereta berkenaan. Akibat jarak terlalu dekat, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar kanak-kanak terbabit,” kata Hanyan ketika dihubungi Astro AWANI.

Selepas dilanggar, mangsa mengalami kecederaan serius dan segera dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda untuk mendapatkan rawatan.

Namun usaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak malang itu tidak berhasil apabila beliau disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik berkenaan.

Mayat Dihantar Ke Hospital Sultan Abdul Halim

Hanyan menjelaskan bahawa mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk tindakan dan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

Sumber : Astro Awani

Aisyah Rafiza

Aisyah Rafiza adalah jambatan korporat utama NAZZ&CO™ Media. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam (PR) & Penganalisis Strategik, beliau menguruskan hubungan klien berprofil tinggi serta unjuran strategik bagi memastikan setiap visi syarikat disampaikan dengan integriti dan kejelasan mutlak kepada pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy