NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Suami Isteri Maut Dalam Nahas Libatkan Proton Persona Dan Toyota Hilux

Suami Isteri Maut Dalam Nahas Libatkan Proton Persona Dan Toyota Hilux

LIPIS: Sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta berhampiran Estet Benta, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Proton Persona berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis menuju ke Raub sebelum bertembung dengan Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, Toyota Hilux tersebut dinaiki dua lelaki masing-masing berusia 54 dan 40 tahun yang ketika itu dalam perjalanan ke Gua Musang bagi mengambil muatan durian.

Menurut beliau, impak pelanggaran menyebabkan pemandu Proton Persona, Mohd Khair Zainudin, 50, serta isterinya, Norzaili Khalil, 49, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, keadaan dua individu yang menaiki Toyota Hilux tidak dinyatakan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Sumber: Berita Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy