Perjalanan satu keluarga dari Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia berakhir dengan tragedi apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Batu 21, Jalan Tapah menghala ke Cameron Highlands, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, seorang lelaki yang juga pemandu kenderaan jenis Perodua Aruz disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lima lagi penumpang lain, yang terdiri daripada seorang wanita dewasa, dua remaja perempuan, serta dua kanak-kanak, dilaporkan mengalami kecederaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.
Menurut beliau, SUV berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter.
“Kenderaan berkenaan terjatuh ke dalam sungai yang cetek dalam keadaan terbalik,” jelas beliau menerusi satu kenyataan pagi ini.
Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian pemandu, manakala mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan.
Operasi menyelamat dijalankan dengan penuh berhati-hati memandangkan keadaan muka bumi dan kedudukan kenderaan yang terbalik di dalam sungai.
Difahamkan, kesemua mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands untuk urusan keluarga sebelum kenderaan mereka terlibat dalam nahas tersebut. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh