Perasaan melangkah masuk ke pusat pameran kereta buat kali pertama memang mendebarkan. Dengan lambakan model baharu di pasaran sekarang, pasti ramai pembeli muda (khususnya Gen Z) rasa buntu. Nak beli kereta petrol biasa rasa macam dah ketinggalan zaman, tapi nak lompat terus beli Kenderaan Elektrik (EV) rasa risau pula kalau kawasan kediaman kurang charging stations untuk EV.
Jawapan paling harmoni untuk dilema anda adalah kereta hibrid (Hybrid). Contoh kereta Hybrid yang telah dilancarkan dalam Malaysia termasuklah Toyota Yaris Cross HEV, Chery Tiggo Cross Hybrid, dan juga model tanah air kita, e.MAS 7 PHEV, Jom kita semak 5 fakta kenapa jentera hibrid adalah ‘jalan tengah’ yang paling sempurna untuk pembeli kereta pertama:
Ini adalah masalah utama pengguna EV yang tinggal di kediaman bertingkat. Dengan kereta hibrid, anda langsung tidak perlu berebut petak pengecas di pusat beli-belah atau pening memikirkan baki peratusan bateri.
Enjin petrol di dalam kereta hibrid akan bertindak mengecas bateri elektrik secara automatik semasa anda sedang memandu atau membrek (melalui sistem Regenerative Braking). Anda pandu sahaja seperti biasa!
Mesti ramai yang suka feature hybrid yang seterusnya. Gabungan motor elektrik dan enjin pembakaran dalaman membolehkan sesetengah model hibrid di pasaran hari ini merekodkan jarak perjalanan sehingga 900 kilometer hingga 1,000 kilometer dengan hanya satu tangki penuh! Bayangkan, anda mungkin hanya perlu singgah ke stesen minyak sebulan sekali sahaja untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja. Poket selamat, hati pun tenang.
Siapa kata kereta hibrid ni perlahan dan membosankan? Disebabkan ia dilengkapi dengan motor elektrik, kuasa pecutan atau tork akan disalurkan ke tayar secara serta-merta sebaik sahaja anda menekan pedal. Tiada lagi istilah ‘lagging’ atau lambat bertindak semasa anda ingin memotong kenderaan lain di lebuh raya.
Bila sebut sahaja hibrid, ramai yang terus terbayang kos belasan ribu ringgit untuk menukar bateri. Mengulas mengenai mitos ini, Pengasas NAZZ&CO Media, Nazz Abdullah sering mengingatkan para pengguna dalam siri ulasan teknikal beliau supaya melihat (warranty).
Majoriti pengeluar kenderaan hibrid hari ini menawarkan jaminan bateri sehingga 8 tahun dengan perbatuan tanpa had. Teknologi bateri zaman sekarang juga jauh lebih kebal, tahan lama, dan dicipta khusus untuk cuaca panas Malaysia.
Memiliki kereta hibrid adalah latihan yang sangat baik sebelum anda melangkah sepenuhnya ke alam EV suatu hari nanti. Ia melatih anda untuk memandu dengan lebih cekap, memahami bagaimana sistem elektrifikasi berfungsi, dan pada masa yang sama, memberikan nilai jualan semula (resale value) yang lebih stabil berbanding EV memandangkan permintaannya dalam pasaran kereta terpakai masih tinggi.
Di sini kami juga menampilkan barisan kereta hybrid yang ada di Malaysia. Boleh tengok-tengok dulu, mana tahu ada yang menambat hati.





Membeli kereta pertama tidak seharusnya menjadi satu bebanan atau proses yang menakutkan. Kenderaan hibrid memberikan anda yang terbaik dari dua dunia isitu penjimatan teknologi elektrik tanpa perlu melepaskan kemudahan enjin petrol tradisional.
Kaji kewangan anda, pilih model yang tepat, dan mulakan pengembaraan pertama anda dengan yakin!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?