NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Polis Buru Individu Disyaki Curi Kabel TM Tech Bernilai RM15,000

Polis Buru Individu Disyaki Curi Kabel TM Tech Bernilai RM15,000

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik TM Tech Sdn Bhd di Jalan Jelatek, Datuk Keramat, di sini, Selasa lalu.

Kabel yang dicuri itu dianggarkan bernilai kira-kira RM15,000.

Ketua Polis Daerah cJaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada wakil syarikat berkenaan kira-kira jam 4.30 petang selepas rakaman kejadian tersebut tersebar di media sosial.

Menurutnya, rakaman berkenaan dipercayai dimuat naik oleh pengguna TikTok dengan nama “Kyle.XY” (@kyle_ra).

Video tersebut memaparkan beberapa individu yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih dan sebuah Toyota Harrier, turut berwarna putih.

“Berdasarkan rakaman itu, beberapa individu dilihat menarik kabel milik TM Tech Sdn Bhd.

“Bagaimanapun, nombor pendaftaran kedua-dua kenderaan yang digunakan tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Selain TikTok, polis turut mengesan satu lagi rakaman berkaitan kejadian tersebut yang dikongsikan dan menjadi tular di platform Threads.

Khairul Anuar berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dijalankan selain menjadi rujukan kepada pihak syarikat yang terlibat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy