NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

By: Hanani Nezam

Laluan PLUS Arah Selatan Kembali Selamat Selepas Pemusnahan Bom Mortar

Laluan PLUS Arah Selatan Kembali Selamat Selepas Pemusnahan Bom Mortar

Laluan Kilometer 265 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira empat kilometer selepas Terowong Menora, kini disahkan selamat sepenuhnya selepas satu bom mortar yang ditemui di lokasi tersebut berjaya dimusnahkan oleh pihak berkuasa. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, memaklumkan bahawa objek berkenaan merupakan bom mortar 81mm yang dikategorikan sebagai Unexploded Ordnance (UXO). Ia ditemui […]

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Diwajibkan dalam Bas Ekspres dan Persiaran Mulai 1 Julai – JPJ

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Diwajibkan dalam Bas Ekspres dan Persiaran Mulai 1 Julai – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar secara mandatori ke atas semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran berkuat kuasa 1 Julai ini. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, memaklumkan bahawa penguatkuasaan ini akan melibatkan semua bas yang dibina selepas Januari 2020. Bagi bas yang dibina sebelum tarikh […]

AI Xiaomi Keliru: Pemandu Disangka Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil

AI Xiaomi Keliru: Pemandu Disangka Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil

Seorang lelaki di China berdepan situasi mencuit hati apabila sistem kecerdasan buatan (AI) dalam sebuah kenderaan elektrik (EV) Xiaomi SU7 Max mengeluarkan lebih 20 kali amaran keletihan hanya kerana dia memiliki mata yang kecil secara semula jadi. Insiden berlaku pada 18 Jun lalu ketika lelaki dikenali sebagai Li memandu kereta milik adik perempuannya. Sistem keselamatan […]

Porsche Milik Selebriti Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ dalam Ops Luxury

Porsche Milik Selebriti Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ dalam Ops Luxury

Sebanyak 101 kenderaan mewah, termasuk sebuah Porsche yang dikaitkan dengan seorang selebriti tempatan, telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam pelaksanaan Op Luxury yang bermula sejak 1 Jun lalu di seluruh negara. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata antara jenama lain yang turut disita termasuk Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Mercedes-Benz, BMW, Toyota Alphard, […]

Pemandu Hilux Ditahan Langgar Kenderaan Tiga Kali di Jalan Tun Razak

Pemandu Hilux Ditahan Langgar Kenderaan Tiga Kali di Jalan Tun Razak

Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan polis selepas tindakannya bertindak luar kawalan dengan melanggar sebuah Perodua Axia sebanyak tiga kali berturut-turut, gara-gara tidak puas hati kereta di depannya bergerak perlahan di Jalan Tun Razak, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan, kejadian berlaku sekitar jam 3.10 petang apabila mangsa, seorang […]

Wanita 70 Tahun Ditahan Polis Selepas Pandu Kereta di Laluan Motosikal

Wanita 70 Tahun Ditahan Polis Selepas Pandu Kereta di Laluan Motosikal

Seorang wanita berusia 70 tahun ditahan pihak polis selepas memandu sebuah kereta di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan awam kelmarin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Jay January Siowou memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.30 petang di Kilometer 8.6 jambatan berkenaan, […]

RON97 dan Diesel Naik 7 Sen, RON95 Kekal – MOF

RON97 dan Diesel Naik 7 Sen, RON95 Kekal – MOF

Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan sebanyak 7 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun 2025, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) kelmarin. Senarai Harga Runcit Bahan Api (19 Jun – 25 Jun 2025) RON97: RM3.14 seliter (naik 7 sen) RON95: RM2.05 seliter (kekal) Diesel (Semenanjung): RM2.81 seliter (naik 7 […]

KKR Perlukan RM4 Bilion untuk Baik Pulih Jalan Seluruh Negara – Alexander Nanta

KKR Perlukan RM4 Bilion untuk Baik Pulih Jalan Seluruh Negara – Alexander Nanta

Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan hampir RM4 bilion bagi tujuan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih jalan raya di seluruh negara, menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau menjelaskan bahawa meskipun jumlah peruntukan yang besar diperlukan, usaha penyelenggaraan serta penambahbaikan tetap akan dilaksanakan secara berfasa mengikut keutamaan dan kemampuan semasa kewangan kerajaan. “Kami sudah […]

Harga Minyak Berisiko Meningkat Melebihi AS$130 Satu Tong Jika Selat Hormuz Ditutup

Harga Minyak Berisiko Meningkat Melebihi AS$130 Satu Tong Jika Selat Hormuz Ditutup

Harga minyak mentah global dijangka melonjak sehingga mencecah AS$130 satu tong sekiranya Iran mengambil keputusan untuk menutup Selat Hormuz, menurut laporan agensi berita Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar Hurriyet Turkiye, kelmarin. Amaran itu disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Esmail Kowsari, yang menyatakan bahawa Tehran sedang mempertimbangkan tindakan tersebut sebagai […]

Subsidi Bersasar RON95 Diteruskan Seperti Dirancang – PM Anwar

Subsidi Bersasar RON95 Diteruskan Seperti Dirancang – PM Anwar

Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 sebagaimana yang telah dirancang, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut beliau, langkah rasionalisasi subsidi merupakan satu keperluan kritikal dalam memastikan kedudukan kewangan negara kekal mampan serta dapat menyalurkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. “Pelaksanaan subsidi bersasar RON95 akan tetap diteruskan. Rasionalisasi subsidi penting […]

Pilih Jenama Kereta

2.5 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD