NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

KKR Perlukan RM4 Bilion untuk Baik Pulih Jalan Seluruh Negara – Alexander Nanta

KKR Perlukan RM4 Bilion untuk Baik Pulih Jalan Seluruh Negara – Alexander Nanta

Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan hampir RM4 bilion bagi tujuan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih jalan raya di seluruh negara, menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau menjelaskan bahawa meskipun jumlah peruntukan yang besar diperlukan, usaha penyelenggaraan serta penambahbaikan tetap akan dilaksanakan secara berfasa mengikut keutamaan dan kemampuan semasa kewangan kerajaan.

“Kami sudah mempunyai data lengkap mengenai keadaan setiap jalan di negara ini, termasuk anggaran kos pembaikan. Namun, memandangkan peruntukan sedia ada adalah terhad, pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat, mengikut keutamaan dan tahap kritikal jalan terlibat,” katanya.

Jalan Raya Timur-Barat Antara Tumpuan Utama

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa antara laluan yang dikenal pasti sebagai kritikal adalah Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan.

“JRTB merupakan salah satu jalan utama dalam senarai perancangan penambahbaikan kami. Ada juga jalan yang mengalami kerosakan tetapi belum berada dalam tahap kritikal, yang akan diberi perhatian selepas ini,” jelas beliau.

Sebagai sebahagian daripada pelan baik pulih tersebut, RM55 juta telah diperuntukkan khusus bagi kerja-kerja menaik taraf JRTB, yang dijangka bermula tahun ini.

Penambahbaikan termasuk pembaikan struktur jalan, pemasangan garisan jalan serta penambahan sebanyak 385 unit lampu jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna terutamanya pada waktu malam.

Projek ini dijadualkan siap menjelang akhir tahun 2025.

Komitmen Berterusan Tingkat Infrastruktur Jalan Raya

Majlis pengumuman tersebut dibuat semasa Majlis Rumah Terbuka Gawai KKR yang diadakan di Ibu Pejabat Kementerian, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Datuk Seri Alexander menegaskan bahawa KKR akan terus komited dalam memastikan jaringan jalan raya di seluruh negara berada dalam keadaan selamat dan selesa demi kemudahan rakyat.

SUMBER : BuletinTV3

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD