NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

7 Buah Kereta Lumba Terbakar di Atas Treler

7 Buah Kereta Lumba Terbakar di Atas Treler

Semalam telah tular di laman sosial gambar 7 buah kereta lumba terbakar di atas treler di Lebuhraya Utara Selatan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor mengatakan bahawa kejadian ini terjadi pada pukul 4.52 pagi semalam di KM38.1 (Kulai) Lebuhraya PLUS Arah Utara.

Turut menyambung lagi kenyataan, JBPM Johor telah menghantar seramai 25 anggota bomba dari Balai dan Bomba Penyelamat (BBP) Kulai, BBP Skudai dan BBP Tebrau ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan telefon kecemasan. Sesampainya mereka di tempat kejadian, didapati benar terdapat 7 buah kereta yang telah terbakar di atas sebuah lori treler.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Fauzi Bin Che Deris, sebanyak 5 buah kereta jenis Honda, sebuah Toyota Yaris dan sebuah Proton Saga yang terbakar di atas lori treler itu. Lebih kurang 70% kenderaan telah musnah kerana kebakaran ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini.

Difahamkan bahawa sebahagian besar kereta-kereta lumba yang terbakar itu adalah milik masukan R Engineering yang bertempat di Johor Bahru. Untuk mengesahkan kejadian ini, mereka telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi laman Facebook rasmi mereka.

 

Sumber : paultan.org

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy