Tol Percuma Sempena Krismas? Pengumuman Akan Dibuat Jumaat Ini

Untuk setiap perayaan di Malaysia seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan juga Deepavali pasti semua rakyat Malaysia tidak terkecuali untuk pulang ke kampung menyambut dengan keluarga tersayang. Mereka sudahpun menikmati tol percuma yang telah diberikan oleh kerajaan pada tahun ini. Namun begitu, masih adakah tol percuma buat perayaan Krismas yang akan disambut tidak lama lagi?

Menurut Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, keputusan di mana kerajaan akan memberi tol percuma atau tidak mungkin akan diumumkan pada hari Jumaat ini menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya. Beliau turut menambah di mana pada tahun ini, menerusi pelaksanaan tol percuma, kerajaan telah memperuntukkan 21 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya. Antaranya ialah pada Hari Raya Aidilfitri adalah sebanyak RM80.07 juta, Hari Deepavali sebanyak RM42.31 juta dan Tahun Baru Cina sebanyak RM41.21 juta.

Pengecasan EV di lebuh raya bertol juga akan ditambah menjelang 2025 kerana pengguna EV yang semakin meningkat naik. Walau bagaimanapun, pengguna kenderaan elektrik (EV) boleh mengecas kenderaan mereka di beberapa kawasan Rawat & Rehat (R&R) terutamanya di Lebuhraya Utara Selatan seperti R&R Ayer Keroh Arah Utara, R&R Seremban Arah Utara dan R&R Paka Arah Utara.

 

Sumber : Bernama

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD