Seorang mayat lelaki telah disahkan meninggal dunia di dalam kereta jenis Perodua Bezza di kawasan parkir car boot sale Kota Damansara dan polis telah mengesahkan mayat tersebut sudah meninggal dunia lebih dari 5 hari.
Penemuan mayat tersebut telah ditemui sekitar jam 12 tengahari semalam dan telah dilaporkan kepada pihak polis serta-merta. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly, mangsa telah dijumpai dalam keadaan terbaring di dalam ruangan pemandu tersebut dan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40-an.
Hasil siasatan telah mendapati bahawa mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh melebihi 5 hari dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian boleh tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.
Menurut salah seorang saksi yang turut berniaga di Car Boot Sale Kota Damansara itu, dia mula membau bau busuk seperti najis haiwan semasa berniaga pada hari itu. Tidak lama kemudian, dia telah menemukan mangsa di dalam kereta Bezza itu dalam keadaan terbaring dan kembung macam belon.
Turut dijumpai satu nota dipercayai telah ditinggalkan oleh mangsa sebelum meninggal dunia dan salinan kad pengenalan mangsa. Nota tersebut bertulis “Tolong hubungi abang atau kakak saya” yang meminta orang ramai menghubungi keluarganya.